• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

Aktiviti CATS

Aktiviti

Date: 19 March 2024

Location
PEJABAT MEGA CERIA MANAGEMENT SDN BHD , MJC BATU KAWA KUCHING
Date
7 - 15 March 2024
Syarikat Mega Ceria Management Sdn Bhd buat julung kali nya menganjurkan dan berkolaborasi dengan Borneo Medical Center mengadakan kempen derma darah yang diadakan pada 16 Mac 2024, Sabtu bermula pada 9pagi bertempat di pejabat Mega Ceria dan ingin menjemput semua yang berada di sekitar Kuching terutama sekali yang berada di sekitar MJC dan Batu Kawa untuk bersama-sama menderma dan menjayakan kempen ini . Untuk info yang lebih lanjut dan lokasi boleh hubungi atau whatsapp Cik Nur di talian 018-7703131
Location
Rumah Kejaman Neh, Long Liten, Belaga
Date
17 - 19 February 2024
Bengkel ini bertujuan untuk menerbitkan kamus di dalam bahasa Kejaman dan menjadikannya sebagai rujukan utama yang komprehensif tentang pemikiran, budaya dan warisan etnik Kejaman yang hanya terdapat di Belaga, Sarawak. Penerbitan kamus ini juga akan memuatkan bahan tentang bahasa, sejarah, kesusasteraan dan kebudayaan etnik Kejaman. Bengkel ini merupakan julung kalinya dianjur oleh Persatuan Bangsa Kejaman S’wak ( PBKS) dan juga Dewan Bahasa & Pustaka cawangan S’wak. Ianya akan berlangsung pada 17 - 19 Feb 2024 bertempat di rumah Kejaman Neh, Long Liten, Belaga, S’wak.
Location
Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal
Date
3 - 6 November 2023
Orang ramai dijemput bersama memeriahkan Pesta Konvo Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 3 hingga 6 November 2023 ini sempena Majlis Konvokesyen UTeM ke-19. Pelbagai aktiviti menarik disediakan… Persembahan artis ternama tanahair seperti I AM NEETA, ARTIS DARI WARNER MUSIC, Malam Kesenian Islam bersama UNIC dan Naufal Isa, Permainan Tradisional Malaysia, pertandingan live band, derma darah, persembahan kebudayaan dan banyak lagi!!!! Jangan lepaskan peluang ini… Bawalah seisi keluarga ke Kampus Induk UTeM pada 3 hingga 6 November 2023 ini bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Masuk adalah PERCUMA!
Location
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Date
23 September 2023
ARTHRITIS: UNDERSTAND RHEUMATOID ARTHRITIS FREE CONSULTATION FITNESS TEST FITNESS CHALLENGE HEALTH TALK POSTER PRESENTATION BOOTH: COMMON HEALTH CONDITION (STROKE/ MUSCULOSKELETAL/ Etc KENYALANG GOLD CARD REGISTRATION JKM: HEALTH ELDERLY GROUP
Location
DATARAN ILMU SK ABANG ABDUL RAHMAN SARATOK
Date
9 September 2023
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK MENJEMPUT TUAN/PUAN UNTUK HADIR KE HARI TERBUKA ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK PADA 9 SEPTEMBER 2023 BERTEMPAT DI DATARAN ILMU SK ABANG ABDUL RAHMAN SARATOK DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG. PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MENDEKATKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT. PELBAGAI PAMERAN DAN AKTIVITI BERKAITAN DENGAN DUNIA PENDIDIKAN AKAN DIANJURKAN. JOM DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI TERBUKA INI.
Location
Pustaka Negeri
Date
9 - 10 September 2023
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan sambutan "World Food Safety Day" pada sabtu dan ahad ini; 9 hingga 10/9/2023 bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bertemakan "Food Standards Save Lives", pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya seminar pelabelan produk makanan, Homebased dan TrustMyCatering, Program WACANA, Pertandingan mewarna, Dam Ular, Roda Impian, saringan kesihatan dan banyak lagi. Jom meriahkan sambutan ini dengan ramai-ramai ke Pustaka Sarawak.

Displaying 1 to 6 of 63 record(s)

  • Untuk Maklumat Lanjut Mengenai acara-acara dan aktiviti setempat yang berlaku di Sarawak, dengarkan Zon info aktiviti CATS atau lawati www.catsfm.my
  • Jika anda mempunyai sebarang maklum balas atau ingin menghantar maklumat acara, sila emailkan kepada kami di info@catsfm.my atau boleh mengisi sendiri di ruangan Zon Info Aktiviti CATS.
  • Semua Info Aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.