WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

Aktiviti CATS

Aktiviti

Category: Art & entertainment

Location
DATARAN SUNDAR, SUNDAR, LAWAS, SARAWAK
Date
21 October 2017
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Lawas, Pejabat Daerah Kecil Sundar dan agensi-agensi kerajaan tempatan akan mengadakan program Pentas SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2017 Lawas pada 21 Oktober (Sabtu), jam 8.00 malam bertempat di Dataran Sundar, Sundar, Lawas, Sarawak, Malaysia. Acara perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS. Pentas SAMArindok pada kali ini akan menampilkan persembahan daripada Badan Seni AKYBMS iaitu nyanyian Artis Tempatan, Norafizah Busman dan persembahan tarian Melayu daripada Kumpulan Tarian SAMAtandak AKYBMS. Acara ini juga turut menjemput persembahan khas daripada kumpulan silat tempatan, kumpulan hadrah, Persatuan Kebudayaan Kedayan Kampung Batu 2, tarian etnik Lun Bawang, tarian etnik Cina dan Kumpulan Gambus Anak Kampung Band (AKB). Orang ramai dijemput hadir.
Location
Go-Down Amphitheatre, Tebingan Sungai Kuching, Kuching Sarawak
Date
20 May 2017
"Senandung Puisi Melayu Tradisional" Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak ingin menjemput peminat-peminat puisi Melayu Tradisional untuk hadir ke acara SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2017 Siri II: Puisi Melayu Tradisional pada 20 Mei 2017 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di Go Down Amphitheater Waterfront, Tebingan Sungai Kuching Sebuah adaptasi Naskah 'Syair Tarsilah Cetera Abang Gudam Dangan Temenggung Kadir Negeri Saribas' yang julung kalinya dipentaskan melalui medium puisi tradisional seperti syair, pantun asli (gendang air), mantera dan gerak lakon. Jangan ketinggalan menyaksikan 'manifestasi puisi historiografi' buat pertama kalinya!

Displaying 1 to 2 of 2 record(s)