• LISTEN NOW ON AIR

    01/29/23 - 01/29/23

WHAT'S NEXT

01/29/23 - 01/29/23

Aktiviti CATS

Aktiviti

Location
:  POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
Address
:  96400 Mukah, Sarawak
Date
:   11 - 12 November 2022
Time
:  08:00am - 01:00pm
Target Audience
:  SCHOOL STUDENT (MUKAH DISTRICT)
Contact Person
:  MUHAMMAD SALLEHUDDIN BIN ISMAIL
Contact No.
:  013-5329200
NAMA PROGRAM: KARNIVAL STEM @PMU 2022 TARIKH: 11 November 2022 (Jumaat) – 12 November 2022 (Sabtu) JAM: 8.30 pagi - 4.30 petang TEMPAT: Dewan Serbaguna Politeknik Mukah ANJURAN: Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Persatuan Melanau Mukah (PMM), SMK Three Rivers Mukah dan Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MyTIC) DISEMPURNAKAN OLEH: Y.B. ABDUL YAKUB BIN HJ. ARBI ADUN N.58 BALINGIAN PENGENALAN PROGRAM Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama strategik untuk mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi TVET pilihan kepada pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat. Justeru itu, program Karnival STEM @PMU 2022 akan membawa pelbagai aktiviti STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) ke kampus PMU melalui jalinan kerjasama dengan Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Persatuan Melanau Mukah (PMM), Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MyTIC) dan SMK Three Rivers. Program ini dijadualkan berlangsung pada 11 & 12 November 2022, sebagai salah satu platform untuk menarik minat para pelajar terhadap STEM seterusnya melahirkan pelajar yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, memanfaatkan teknologi untuk menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu. OBJEKTIF PROGRAM Program ini dianjurkan bertujuan untuk: i. Mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi TVET pilihan pelajar-pelajar sekolah dan komuniti di daerah Mukah dan sekitar. ii. Menganjurkan pertandingan-pertandingan yang memfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif STEM di kalangan para peserta. iii. Bekerjasama dengan pihak industri dan organisasi luar bagi menghasilkan program kolaborasi berimpak tinggi. AKTIVITI YANG DIJALANKAN Program ini dijangka berlangsung melalui 2 sesi mengikut butiran seperti berikut: Hari Pertama : Pertandingan dan Pameran KARNIVAL STEM @PMU 2022 Tarikh : 11 November 2022 (Jumaat) Jam : 8.30 pagi – 4.30 petang Hari Kedua : Pertandingan dan Pameran serta Majlis Perasmian Penutup Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu) Jam : 8.30 pagi – 1.00 petang