• LISTEN NOW ON AIR

    06/04/23 - 06/04/23

WHAT'S NEXT

06/04/23 - 06/04/23

Aktiviti CATS

Aktiviti

Category: Education

Location
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
Date
11 - 12 November 2022
NAMA PROGRAM: KARNIVAL STEM @PMU 2022 TARIKH: 11 November 2022 (Jumaat) – 12 November 2022 (Sabtu) JAM: 8.30 pagi - 4.30 petang TEMPAT: Dewan Serbaguna Politeknik Mukah ANJURAN: Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Persatuan Melanau Mukah (PMM), SMK Three Rivers Mukah dan Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MyTIC) DISEMPURNAKAN OLEH: Y.B. ABDUL YAKUB BIN HJ. ARBI ADUN N.58 BALINGIAN PENGENALAN PROGRAM Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama strategik untuk mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi TVET pilihan kepada pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat. Justeru itu, program Karnival STEM @PMU 2022 akan membawa pelbagai aktiviti STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) ke kampus PMU melalui jalinan kerjasama dengan Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Persatuan Melanau Mukah (PMM), Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MyTIC) dan SMK Three Rivers. Program ini dijadualkan berlangsung pada 11 & 12 November 2022, sebagai salah satu platform untuk menarik minat para pelajar terhadap STEM seterusnya melahirkan pelajar yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, memanfaatkan teknologi untuk menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu. OBJEKTIF PROGRAM Program ini dianjurkan bertujuan untuk: i. Mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi TVET pilihan pelajar-pelajar sekolah dan komuniti di daerah Mukah dan sekitar. ii. Menganjurkan pertandingan-pertandingan yang memfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif STEM di kalangan para peserta. iii. Bekerjasama dengan pihak industri dan organisasi luar bagi menghasilkan program kolaborasi berimpak tinggi. AKTIVITI YANG DIJALANKAN Program ini dijangka berlangsung melalui 2 sesi mengikut butiran seperti berikut: Hari Pertama : Pertandingan dan Pameran KARNIVAL STEM @PMU 2022 Tarikh : 11 November 2022 (Jumaat) Jam : 8.30 pagi – 4.30 petang Hari Kedua : Pertandingan dan Pameran serta Majlis Perasmian Penutup Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu) Jam : 8.30 pagi – 1.00 petang
Location
Sekolah Menengah Sains Kuching
Date
24 August 2019
Suka Ita dimaklumkan Sekolah Menengah Sains Kuching akan mengadakan Hari Koperasi Sekolah 2019 bersempena dengan Minggu Keusahawanan Negara dan Dasar keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030). Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Koperasi Sekolah Menengah Sains Kuching. Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan seperti gerai jualan pelajar, pertandingan senaman poco poco, pertandingan memancing, kuiz, peraduan teka dan menang, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Location
SMK Dalat
Date
22 October 2022
Merupakan program kerjasama antara Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Unit RELASIS dan kelab UNESCO Politeknik Mukah yang bertujuan untuk memberi sumbangan kepada hubungan komuniti serta meningkatkan kemahiran pelajar melalui aktiviti perkongsian ilmu.
Location
Kapal Layar DiRaja Tunas Samudera
Date
20 - 21 June 2019
Syarat Permohonan: 1. Sihat Tubuh Badan 2. Berumur 18-30 Tahun dan merupakan ahli persatuan belia yg bergiat aktif dalam program pembangunan belia Permohonan di buat di www.kbs.gov.my dan dibuka sehingga 21 Jun 2019 @ berhubung ke Pej. Belia dan Sukan Bahagian Kuching di UTC Bukit Mata@hubungi En. Dennis di 082-243497
Location
SIOL KANDIS SDNU HALL
Date
21 September 2019
INVITATION TO EDUCATION FAIR 2019 - On behalf of SDNU Kuching Branch, we take immense pleasure in inviting you and your members (which are parents and their children who study in Form 5 and Form 6 this year) to come and join us in Education Fair 2019. Your presence and support is needed throughout the programme. We look forward to meeting you. Should you have any enquiries regarding the event, do not hesitate to contact our Coordinator for SDNU Kuching Branch Education fair, Mr. James ak Jalin at 012-882 5567.
Location
MITC, AYER KEROH, MELAKA
Date
10 - 20 October 2019
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Big Bad Wolf akan menganjurkan PESTA BUKU MELAKA pada 10 - 20 Okt 2019 dari 10pagi hingga 12malam di MITC Air Keroh MELAKA,pelbagai acara disediakan seperti Pertandingan Mewarna,Bercerita ,Choral Speaking,Pertandingan Bintang Cilik dan pameran agensi.Untuk Maklumat lanjut sila hubungi 06-2824859

Displaying 1 to 6 of 7 record(s)