WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PUSAT BELI BELAH PERKENAL 'PONDOK RILEKS' SUPAYA SUAMI BOLEH MAIN GAME SEMENTARA ISTERI BELI BELAH

Bagi menjadikan pengalaman membeli belah lebih mengujakan untuk kedua-dua suami dan isteri, sebuah pasaraya di Shanghai


Back To Whats Hot

Bagi menjadikan pengalaman membeli belah lebih mengujakan untuk kedua-dua suami dan isteri, sebuah pasaraya di Shanghai melancarkan empat 'pondok rileks suami', yang akan membekalkan pelbagai hiburan - kebanyakan dalam bentuk permainan video - bagi mengelakkan suami bosan ketika menunggu isteri membeli belah.

Pondok-pondok itu terletak di pusat beli belah Global Harbor di Shanghai dan kini sedang berada dalam tempoh percubaan selama sebulan.

Ketika isteri sedang asyik membeli belah, si suami boleh menenangkan fikiran bersama permainan video atau televisyen di pondok peribadi itu.

Menurut The Paper, kebanyakan lelaki memberi respon positif atas inisiatif itu. Bagaimanapun, mereka merungut kerana pondok itu tidak dilengkapi dengan pendingin hawa.

Sebaliknya pula respon yang diterima dari kaum wanita yang kurang bersetuju dengan konsep itu kerana takut mereka akan bosan membeli-belah berkeseorangan di pusat beli belah trbabit.

"Apa akan jadi jika saya sudah habis membeli belah, tapi dia masih belum habis bermain game? Tidakkah ini akan buat benda lagi teruk?" kata seorang pengunjung.

- Sumber dari SiakapKeli.my