WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

KALAU JODOH TAK KE MANA

Pelbagai cabaran dan cemuhan yang dihadapi oleh Aizat Zulhailie Abu Bakar dan Haizatul Azra namun itu tidak memutuskan harapan mereka


Back To Whats Hot

Kalau jodoh takkan ke mana. Setelah keluar dari kelompok makan gaji, mereka cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pelbagai cabaran dan cemuhan yang dihadapi oleh Aizat Zulhailie Abu Bakar dan Haizatul Azra namun itu tidak memutuskan harapan mereka untuk menjayakan perniagaan mereka.

Mereka bercadang untuk berniaga terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan kerana pasti tiada duit simpanan selepas bersanding. “ini kerana gaji kami tidak sampai RM 1,000 sebulan menyebabkan kami terasa perit mengumpul duit apatah lagi untuk dibelanja dalam masa sehari bagi majlis kahwin” kata Aizat.

Mereka pernah tidak mendapat sokongan rakan serta permohonan lesen lebih 10 kali tidak diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun mereka tetap positif.

Kini, perniagaan mereka sangat berjaya setelah berkahwin pada Jun 2009. Perniagaan mereka berkembang dan mempunyai 100 meja,400 kerusi dan 26 kakitangan serta mampu menampung 450 pengunjung pada masa yang sama.

- Sumber dari Harian Metro