WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

JAMIE OLIVER TAWAR MAKANAN PERCUMA KEPADA MANGSA KEBAKARAN GRENFELL TOWER

Chef Selebriti Ini Mempunyai Hati Emas Dan Sanggup Berbelanja Besar Demi Membantu Mereka Yang Dalam Kesusahan


Back To Whats Hot

Chef terkenal antarabangsa, Jamie Oliver menghulurkan bantuan dan sokongan kepada berpuluh-puluh mangsa yang terlibat dalam kebakaran Grenfell Tower, North Kensington di London, semalam.

Menerusi laman Instagramnya, chef selebriti itu menyarankan kesediaan beliau untuk menghulurkan bantuan dengan menyediakan makanan dan tempat tinggal sementara kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Oliver meminta mangsa untuk melawat restoran miliknya, Jamie's Italian yang terletak di Westfield, hanya kira-kira 2 km dari lokasi kejadian. 

“Kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran Grenfell Tower hari ini, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke restoran saya - anda akan diberi makanan dan minuman oleh pasukan saya,” tulis chef selebriti itu. “Kedai saya terletak di Westfield, tidak jauh dari lokasi kejadian. Makanan dan minuman adalah percuma, anda hanya perlu bertemu dengan pengurus saya, Juan dan mereka akan sediakan yang sepatutnya,” tambah beliau.

Sumber Gambar: Instagram

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, blok pangsapuri 27 tingkat itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum 1 pagi waktu tempatan dan lebih 250 anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan penghuni yang turut dibantu 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan turut berada di tempat kejadian.

Polis mengesahkan terdapat ''sejumlah kematian'' manakala London Ambulance Service berkata 50 orang dihantar ke lima hospital setakat 8 pagi.

Sumber Info: Astro Awani