WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

PELAKON TV RAMONA ZAMZAM MENDAKI BUKIT DAN HAMIL PADA MASA YANG SAMA!

Menjadi Hamil Bukanlah Suatu Halangan Untuk Melakukan Aktiviti Fizikal!


Back To Whats Hot

     Pelakon, Ramona Zamzam mengakui sangat puas hati apabila berjaya melakukan aktiviti mendaki bukit bersama suaminya walaupun sedang hamil tiga bulan. Ramona berkata, aktiviti itu dilakukan tanpa pengetahuan ibunya ketika melancong bersama suami, Rami Alashkar bertempat di Padar Island, Indonesia baru-baru.

     “Saya dan suami memang sukakan aktiviti lasak, jadi saya ambil keputusan untuk membuat aktiviti pendakian bersama suami. Saya tahu dengan keadaan hamil tiga bulan sepatutnya tidak digalakkan untuk mendaki gunung tapi nak buat macam mana, rasa seronok pula. Suami pula banyak berikan sokongan dan bila dia dah kata begitu, saya pun rasa makin bersemangatlah. Bukit itu tidaklah tinggi mana, ibarat separuh daripada bukit Broga, tapi terus terang saya katakan stamina memang kurang walaupun kami mendaki secara perlahan-lahan.” katanya. (Ketinggian Bukit Broga, 400 meter)

“Mujurlah saya sembunyikan perkara itu daripada pengetahuan mama. Kalau mama tahu, mahu dia menjerit," tambahnya lagi.

- Sumber: Astro Gempak