WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

ZOMBIE MENYERAMKAN DALAM WORLD WAR Z

Kisah zombie yang menyerang manusia menerusi filem World War Z begitu mendebarkan


Back To Whats Hot

Kisah zombie yang menyerang manusia menerusi filem World War Z begitu mendebarkan. Selain pelakonnya aktor gred A Hollywood iaitu Brad Pitt, elemen CGInya juga menjadi antara faktor filem ini paling dinantikan pada tahun tayangannya.

Filem yang berjaya mengaut keuntungan lebih AS$540 juta ini merupakan filem lakonan Pitt yang paling laris sepanjang kerjaya lakonannya.

Pitt bukan sahaja pertama kali berlakon dalam filem zombie tetapi turut bertindak sebagai penerbit bersama.

Ketika penggambaran di Glasgow, Scotland, lebih 2,000 pelakon ekstra diperlukan untuk watak zombie yang menyerang manusia. Namun ketika sesi uji bakat, lebih 3,000 pelakon mahu mencuba nasib untuk terlibat dalam adegan berkenaan.

World War Z juga merupakan antara filem yang diangkat menerusi naskhah novel karya Max Brooks yang dilancarkan pada 2006.

Dalam satu temu bual, Pitt menerangkan antara sebab dia cukup teruja terlibat di dalam filem tersebut kerana anak-anaknya begitu berminat dengan filem aksi melibatkan zombie.

Sepatutnya, filem ini bakal mempunyai sekuel yang akan ditayangkan pada Jun 2017. Namun atas faktor teknikal, sekuel tersebut terpaksa dianjak kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan kerana masih belum menjalani penggambaran.

- Sumber dari Sinar Harian