WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

PENYANYI 'GANGNAM-STYLE' KEMBALI!

Penyanyi dari Korea Selatan yang popular dengan trend ‘Gangnam-Style’ dilihat sudah lama menyepi dari industri muzik membuatkan peminat tertanya-tanya


Back To Whats Hot

Penyanyi dari Korea Selatan yang popular dengan trend ‘Gangnam-Style’ dilihat sudah lama menyepi dari industri muzik membuatkan peminat tertanya-tanya ke mana hilangnya pemilik nama Psy ini.

Kali terakhir Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang, 40, muncul adalah ketika mempromosikan album ketujuhnya dengan single ‘Daddy’ dan ‘Napal Baji'.

Bagaimanapun, nampaknya penantian peminatnya sudah berakhir apabila semalam beliau memuat naik dua video muzik terbarunya bertajuk ‘I Luv It’ dan ‘New Face’ di mana dalam masa 20 jam, menyaksikan lebih 5 juta tontonan di YouTube lapor Soompi.

Menarik mengenai video muziknya itu apabila ia turut menampilkan barisan selebriti terkenal seperti Piko Taro ( PPAP), pelakon, Lee Byung Hyun (The Magnificent Seven) dan Naeun (kumpulan Apink).

Selain itu, beliau juga turut kembali dengan album kelapannya, ‘4x2=8’ yang menampilkan kolaborasi beliau bersama dengan artis-artis syarikat rakamannya, YG Entertaiment seperti  G-Dragon dan Taeyang daripada Big Bang, Lee Sung Kyung, B.i dan Bobby daripada iKon serta Tablo daripada Epik High.

Sementara itu, lagu ‘I Luv It’ nyata menepati sasaran apabila berjaya mendapat tempat teratas di kesemua carta muzik di Korea dan juga di Billboard.

Setakat ini, Psy merupakan artis paling dikenali di Korea Selatan berikutan kejayaan beliau mempopularkan tarian bentuk kuda untuk lagu ‘Gangnam-Style’nya itu.

- Sumber dari Sinar Harian