WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

PETANDA ANDA TIDAK SEDAR TELAH BERJAYA

Semua orang pasti pernah mengalami tempoh masa rasa tiada perkara baik yang berlaku dalam hidup


Back To Whats Hot

SEMUA orang pasti pernah mengalami tempoh masa rasa tiada perkara baik yang berlaku dalam hidup. Sangat mudah rasa tidak berguna di ketika sudah memberikan yang terbaik.

Bahayanya, tindakan seperti ini membuat anda berfikir sebagai orang yang gagal. Inilah petanda bahawa anda telah berjaya tapi tidak menyedarinya.

Tidak dikawal hutang

Banyak orang tercekik oleh hutang atau bil yang perlu dibayar setiap bulan. Jika anda tidak lagi bimbang kehabisan wang setiap akhir bulan dan malah boleh mengupah orang lain, inilah perkara sederhana yang menandakan anda telah berjaya.

Bercita-cita

Cita-cita adalah faktor penting untuk meraih kejayaan. Cita-cita membuat seseorang ingin sentiasa memperbaiki diri dan melakukan yang terbaik.

Disiplin

Mulai dari masalah masa sehingga menyelesaikan tugas, orang berjaya selalu menerapkan disiplin pada dirinya sendiri.

Terbiasa bangun pagi

Anda pasti sering mendengar pepatah bangun awal pagi membuka pintu rezeki. Kejayaan tidak bermula di waktu siang. Jika anda terbiasa bangun pagi dengan pelbagai macam ‘goal’ di kepala, anda telah mempunyai mentaliti untuk menjadu seorang yang berjaya.

Yakin diri bukan angkuh

Perbezaan besar dari orang berjaya dan yang tidak berjaya adalah cara mereka bersikap. Orang berjaya sentiasa menunjukkan kerendahan diri.

- Sumber dari Aliff Channel