• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

WANITA BERUSIA 82 TAHUN AKTIF SEBAGAI DJ KELAB MALAM

Seorang wanita Jepun berusia 82 tahun kian mendapat perhatian setelah menjadi DJ untuk kelab malam di Tokyo


Back To Whats Hot

TOKYO: Seorang wanita Jepun berusia 82 tahun kian mendapat perhatian setelah menjadi DJ untuk kelab malam di Tokyo.

Memetik laporan Reuters, Sumiko Iwamuro merupakan seorang pengusaha restoran makanan Cina, namun di waktu malam, beliau terkenal dengan mana DJ Sumirock di kelab malam di DecaBarZ, Jepun.

Beliau bermula berjinak sebagai DJ pada usia 70-an dan mengambil masa selama setahun lebih untuk belajar tentang muzik kelab.

Muzik yang dimainkan oleh beliau mempunyai elemen techno, jazz dan klasik.

“Apabila saya sedang ‘spin’, saya ingin mengikut rentak dan mainkan lagu yang tepat. Tetapi yang paling penting saya mahu penonton saya terhibur,” katanya.

Antara impian beliau adalah untuk kongsi muzik beliau di New York.

Berikut adalah satu video yang dimuat naik di YouTube