WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SUAMI DATUK SERI VIDA ENGGAN KOMEN ISU CERAI

Suami kepada pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin enggan memberikan komen


Back To Whats Hot

SUAMI kepada pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin enggan memberikan komen berhubung isu keretakan rumah tangga mereka yang sedang hangat diperkatakan.

"Tengah viral ya, bior le (biarlah), tiada komen," jelas Fairuz dalam satu pesanan ringkas kepada Media Hiburan.

Ditanya mengenai kisah tersebut apatah lagi statusnya sebagai suami dan ketua keluarga serta persepsi masyarakat jika terus berdiam diri, Fairuz turut enggan memberi komen.

"Biarlah orang nak cakap apa. Komen saya adalah tiada komen," tulisnya ringkas.

Semalam pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu hubungan dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin kini sudah rapuh.

"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2014 dan merupakan perkahwinan ketiga usahawan terkenal itu.