WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

12.00am - 06.00am

CUTE… ATUK, NENEK INI SUKA BERGAYA SEDONDON!

KEBIASAANNYA bila sudah meningkat usia, soal penampilan dan kekemasan diri sudah tidak dititikberatkan


Back To Whats Hot

KEBIASAANNYA bila sudah meningkat usia, soal penampilan dan kekemasan diri sudah tidak dititikberatkan.

Namun hal ini berlainan sama sekali buat pasangan warga emas stylo dari Jepun ini yang sangat mengutamakan hal penampilan diri serta tidak menjadikan usia sebagai penghalang buat mereka.

Menerusi laman Instagram mereka, Bonpon511, pasangan ini sering berkongsikan pakaian seharian mereka untuk tatapan pengikut laman sosial mereka.

Setakat ini, atuk dan nenek cool ini sudah berjaya menghimpun sebanyak 393,000 pengikut di laman perkongsian gambar tersebut.

Pasangan yang berusia lebih 60 tahun ke atas ini gemar menggayakan persalinan dari rona hitam, putih, biru dan merah.

Selain itu, stail dan gaya pemakaian mereka juga ibarat anak muda yang gemar mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Memang hipsterlah grandpa and grandma ni!