• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

KERETA SHAH RUKH KHAN TERGILIS KAKI PAPARAZZI

GARA-GARA terlalu teruja dapat merakam gambar Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), seorang paparazzi


Back To Whats Hot

GARA-GARA terlalu teruja dapat merakam gambar Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), seorang paparazzi yang baharu bekerja mengalami kecederaan parah di kakinya.

Media di India melaporkan kaki jurugambar malang itu digilis kereta bintang sensasi tersebut ketika mangsa sedang bertugas membuat liputan.

Kereta Shah Rukh Khan Tergilis Kaki Paparazzi

Kejadian itu dilaporkan berlaku di pintu masuk rumah selebriti, Alia Bhatt, yang terletak di Mumbai, Rabu lalu, ketika SRK pergi menghadiri majlis sambutan hari lahir rakan seninya itu.

Akibat kemalangan yang tidak disangka itu, SRK kemudian dilihat keluar dari keretanya sambil menenangkan orang ramai yang menyaksikan insiden itu.

Beliau kemudian tampil meminta pembantu keselamatannya agar segera membawa paparazzi tersebut ke sebuah hospital berdekatan dengan menggunakan keretanya itu.

Kereta Shah Rukh Khan Tergilis Kaki Paparazzi

PAPARAZZI, DEEPAK.

Lebih mengejutkan ramai, SRK dilaporkan sanggup membayar kesemua kos perubatan lelaki bernama Deepak itu.

“SRK sangat sopan dan meminta jurugambar tidak takut kerana akan urus seluruh kejadian itu. Jurugambar yang cedera adalah seorang lelaki yang baru dan dia amat teruja lihat pelakon itu.

“Dia cuba sedaya upaya untuk menangkap gambar SRK dan tidak sedar dia sedang membahayakan dirinya kerana kereta bergerak laju. Tetapi bersyukur, keadaan menjadi terkawal,” ujar seorang saksi kepada India.com.

Dek kerana kebaikan yang dihulurkan SRK, bintang ini mendapat pujian meluas daripada pengamal media.

Pada masa yang sama, ramai berpendapat kejadian ini berpunca daripada kecuaian paparazi itu sendiri.