WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

KETAGIH ALKOHOL, ‘BATMAN’ MASUK PUSAT PEMULIHAN

PELAKON Ben Affleck mengakui yang dia baharu sahaja selesai menjalani sesi pemulihan ketagihan alkohol di sebuah rehab, baru-baru ini


Back To Whats Hot

PELAKON Ben Affleck mengakui yang dia baharu sahaja selesai menjalani sesi pemulihan ketagihan alkohol di sebuah rehab, baru-baru ini.

Pelakon filem Batman itu membuat pengakuan tersebut dalam satu posting di laman Facebooknya.

Ben turut menzahirkan penghargaan buat ahli keluarga dan rakan terdekat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan terhadap dirinya.

Menulis, “Saya sudah menamatkan tempoh rawatan bagi merawat ketagihan alkohol, ‘penyakit’ yang sudah lama saya hidapi.”

“Saya mahu menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini dan menjadi bapa terbaik buat anak-anak,” tulis pelakon berusia 45 tahun itu.

Ketagih Alkohol, 'Batman' Masuk Pusat Pemulihan

Ben turut berterima kasih kepada isterinya, Jennifer Garner yang sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dari belakang termasuk menjaga anak-anak ketika dia dimasukkan ke dalam pusat pemulihan.

Hasil perkahwinan dengan Jennifer, Ben mempunyai tiga cahaya mata, iaitu Violet, 12, Seraphina, 8, dan Samuel, 5 tahun. 

Ketagih Alkohol, 'Batman' Masuk Pusat Pemulihan