WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

WOW… KAD KAHWIN SHARNAAZ BERTATAHKAN BATU SWAROVSKI!

TINGGAL dua minggu sahaja lagi sebelum pelakon berbadan sasa Sharnaaz Ahmad menamatkan zaman bujangnya


Back To Whats Hot

TINGGAL dua minggu sahaja lagi sebelum pelakon berbadan sasa Sharnaaz Ahmad menamatkan zaman bujangnya dengan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor.

Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu akan diadakan pada 31 Mac ini bertempat di kediaman pengantin perempuan di Hartamas.

Yang menariknya, kad jemputan majlis persandingan pasangan ini memang cukup mewah apabila ia bertatahkan ratusan batu permata swarovski.

Gambar kad itu dikongsikan sendiri bakal isteri Sharnaaz di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Wow... Kad Kahwin Sharnaaz Bertatahkan Batu Swarovski!

Jika sebelum ini, kek perkahwinan adiknya, Neelofa sudah dua tahun bertatahkan batu swarovski, sudah pasti kakaknya pun tidak mahu kalah dengan menerapkan unsur batu permata dalam kad jemputan perkahwinannya pula.

Sementara itu, semakin dekat dengan hari bahagianya, Sharnaaz dilihat semakin sweet apabila sering kali memuji penampilan dan rupa paras Nabila yang dikatakan bertambah cantik dan berseri-seri.

Apa-apa pun, semoga segala perancangan dan persiapan yang direncanakan Sharnaaz dan Nabila berjalan lancar dan teratur sepanjang majlis mereka berlangsung nanti.

Tahniah in advance buat Sharnaaz dan pasangan!