WHAT'S NEXT

CATS RHYTHM

09.00pm - 12.00am

BUAYA BETINA SEBERAT 200KG BERJAYA DITANGKAP

Seekor buaya betina seberat 200 kilogram (kg) berjaya ditangkap Pasukan Tindak Pantas Hidupan Liar (SWAT), Sarawak Forestry Corporation (SFC), hari


Back To Whats Hot

Seekor buaya betina seberat 200 kilogram (kg) berjaya ditangkap Pasukan Tindak Pantas Hidupan Liar (SWAT), Sarawak Forestry Corporation (SFC), hari ini.

Buaya tersebut disyaki menyerang dan membaham seorang penduduk di perairan Sungai Santubong baru-baru ini.

Menurut kenyataan SFC, operasi penakaian buaya oleh SWAT dari Ibu Pejabat SFC bermula sejak Selasa lalu di kawasan berlaku kes seorang lelaki, Selamat Raub, 55, dilaporkan terkorban di dalam serangan buaya ganas pada minggu lalu.

Dalam operasi tersebut, kata kenyataan itu, sebanyak 13 mata kail beserta umpan dipasang sepanjang 4 kilometer (km) di kawasan operasi yang merangkumi jambatan Santubong sehinggalah ke muara Sungai Santubong.

"Setelah empat hari operasi dijalankan, seekor buaya betina telah termakan salah satu umpan yang dipasang malam tadi.

"Buaya berukuran 2.9 meter panjang dengan berat 200 kg itu kemudian ditarik ke darat oleh SWAT pada pukul 9 pagi ini," kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, hasil bedah siasat dijalankan oleh Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) bagaimanapun tidak menemukan sebarang bahagian tubuh manusia di dalam perut buaya tersebut.

Kata kenyataan itu, operasi pemburuan buaya di Sungai Santubong akan diteruskan untuk menakai lebih banyak buaya bersaiz besar yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Tambahnya, pemantauan di perairan itu akan diteruskan untuk mengurangkan kegusaran penduduk berkenaan kewujudan reptilia tersebut.

"SFC turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam operasi ini, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Perikanan Santubong dan HUS.

"Penduduk Santubong turut dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga semasa menjalankan aktiviti di kawasan sungai," ujar kenyataan itu.

 

SUmber- Sarawakiana