WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

HAMAS TERIMA CADANGAN GENCATAN SENJATA

Penduduk Palestin meraikan pengumuman Hamas di Rafah semalam - AFP


Back To Whats Hot

BANDAR GAZA - Hamas menyatakan bahawa ia bersetuju untuk menerima cadangan gencatan senjata baharu dan perjanjian pembebasan tebusan dengan Israel, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada pengantara Qatar dan Mesir.

“Kini terpulang kepada Israel,” kata seorang pegawai Hamas.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak perkara tersebut dengan mengatakan bahawa cadangan berkenaan tidak memenuhi tuntutan-tuntutan utama Rejim Zionis.

Menurut pengantara, rundingan gencatan senjata dan pembebasan tebusan masih diteruskan hari ini.

Pengumuman Hamas itu dibuat beberapa jam selepas Israel mengarahkan penduduk Palestin berpindah dari timur Rafah ketika ia bersiap sedia menyerang bandar paling selatan Gaza itu.

Menurut laporan Middle East Eye, askar Zionis melancarkan serangan bom ke atas Rafah malam semalam yang diikuti dengan operasi tentera darat beberapa minit selepas pengumuman Hamas.

Bandar kecil yang menempatkan 1.5 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal itu diserang dengan serangan udara dan tembakan meriam, lapor saluran berita Palestin, manakala beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini