WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PELAJAR HARVARD DIRIKAN KHEMAH PROTES

Protes pro-Palestin bermula di Universiti Harvard semalam dengan pelajar-pelajar mendirikan khemah di Harvard Yard atau kampus Harvard


Back To Whats Hot

CAMBRIDGE - Protes pro-Palestin bermula di Universiti Harvard semalam dengan pelajar-pelajar mendirikan khemah di Harvard Yard atau kampus Harvard, lapor saluran berita CBS News. 

Harvard merupakan kampus universiti terbaharu mengadakan bantahan tersebut selepas protes pertama diadakan oleh pelajar Universiti Columbia bagi membantah perang Israel-Hamas.

Bantahan serupa bermula awal minggu ini di Institut Teknologi Massachusetts, Universiti Tufts dan Kolej Emerson.

Akhbar Harvard Crimson melaporkan bahawa pihak pengurusan universiti telah menyekat akses ke Harvard Yard sehingga hari ini.

“Struktur termasuk khemah dan meja tidak dibenarkan di Harvard Yard tanpa kebenaran terlebih dahulu. Menyekat laluan pejalan kaki atau akses ke pintu masuk bangunan adalah dilarang.

“Pelajar yang melanggar peraturan ini tertakluk kepada tindakan tatatertib boleh dikenakan tindakan tatatertib,” demikian menurut papan tanda di pintu masuk Harvard Yard.

Sebuah kumpulan advokasi terdiri daripada pelajar dan kakitangan dinamakan Harvard Out of Occupied Palestine (HOOP) berkata, kira-kira 30 orang mengadakan protes dengan mendirikan sebanyak 14 khemah di Harvard Yard.

Mereka mahu Harvard ‘membebaskan’ diri daripada Israel dan ‘melabur semula sumber dalam inisiatif akademik, komuniti dan budaya Palestin.’

“Dengan melancarkan perkhemahan pada minggu ini, HOOP mencabar keterlibatan moral, institusi dan kewangan Universiti Harvard dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Harvard berkata pada bulan lepas bahawa permohonan sarjana muda merosot sebanyak lima peratus selepas tahun yang penuh kemelut. 

Claudine Gay yang merupakan presiden kulit hitam pertama dan wanita kedua yang dipilih sebagai Presiden Harvard meletak jawatan pada Januari lalu selepas hanya enam bulan menjawat jawatan tersebut.

Gay dikritik secara tajam berhubung keterangan kepada Kongres pada musim luruh tahun lalu di mana beliau berkata bahawa bahasa antisemitik tidak semestinya membentuk buli dan gangguan.

Persatuan Yahudi global, Liga Anti-Fitnah memberikan Harvard, MIT dan Tufts gred gagal dalam memerangi sentimen antisemitik pada bulan ini dengan alasan banyak sekolah di New England masih ‘tidak melakukan perkara asas untuk melindungi pelajar Yahudi’.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini