WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

OBOR-OBOR BERACUN ATAU PORTUGUESE MAN O'WAR DIKESAN DI PANTAI TELUK MELANO

APM turut menasihatkan pengunjung agar lebih berhati-hati untuk mencegah sengatan obor-obor beracun


Back To Whats Hot

SEMATAN, 28 Feb: Obor-obor beracun yang dikenali sebagai Portuguese Man O' War atau nama saintifiknya 'physalia physalis' dikesan Pantai Telok Melano selepas ditemui terdampar di kawasan tersebut baru-baru ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Mohtar Samat dalam satu kenyataan berkata, obor-obor itu dijumpai oleh petugas penyelamat ketika melakukan rondaan berkala di sekitar pantai tersebut.

Petugas penyelamat pantai kemudian bertindak menanam obor obor berkenaan ke dalam pasir bagi mengelak ancaman kepada pengunjung.

APM turut menasihatkan pengunjung agar lebih berhati-hati untuk mencegah sengatan obor-obor beracun tersebut yang boleh mengancam nyawa.

Sumber Foto APM Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM