WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

'SAYA TAK HALALKAN SIAPA YANG MENIPU DAN MENGGUNAKAN NAMA ALIF'

Kewujudan akaun yang menggunakan iklan palsu itu adalah satu tindakan tidak beretika dengan niat menipu orang ramai


Back To Whats Hot

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar tidak menghalalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan gambarnya yang disunting tanpa pengetahuannya, untuk mempromosikan produk mereka.

Alif, 34, ketika dihubungi berkata, kewujudan akaun yang menggunakan iklan palsu itu adalah satu tindakan tidak beretika dengan niat menipu orang ramai.

"Saya rasa benda ini sangat tak beretika. Ini adalah menipu orang dan balasannya berdosa.

"Saya tak halalkan siapa yang menipu dan menggunakan nama Alif untuk tipu orang," katanya kepada Harian Metro.

Pihak pengurusan Alif juga sudah meminta agak kandungan itu dipadamkan dan sekiranya syarikat itu enggan berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

"Sekiranya pihak mereka berdegil, akan ada tindakan undang-undang menyusul memandangkan, nama dan gambar Alif sudah didaftarkan dengan tanda dagangan (trademark)," katanya.

Sebelum ini, syarikat tidak bertanggungjawab itu juga menggunakan gambar dan nama pempengaruh, Khairul Aming untuk mempromosikan produk mereka.

Sumber: Harian Metro
oleh Syafi Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini