WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BECKHAM DI KUALA LUMPUR, KAGUMI MENARA BERKEMBAR KLCC

Tangkap layar hantaran Beckham di laman Instagramnya, semalam - Sumber Foto IG David Beckham


Back To Whats Hot

PETALING JAYA - Bekas pemain Manchester United (MU), David Beckham menyatakan kekagumannya terhadap keindahan Menara Berkembar KLCC menerusi satu hantaran di laman Instagram beliau semalam.

Dalam hantaran tersebut, Beckham berkongsi gambar beliau berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC.

Menurut laporan media, lagenda bola sepak berusia 48 tahun itu tiba di Kuala Lumpur semalam dan bakal membuat kemunculan di The Exchange TRX hari ini.

Kemunculan beliau adalah sempena majlis ‘The World of the Predator Exhibition’ yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan jenama gergasi, Adidas.

Sebelum ini, Beckham berada di Bangkok sebagai duta Adidas untuk meraikan ulang tahun ke-30 but Predator bersama aktor dan penyanyi Thailand, Bright Vachirawit.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini