WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MARATHON POCO-POCO BAKAL PECAH REKOD DUNIA

Acara tersebut bakal diiktiraf oleh Guinness World Records dengan penyertaan terdiri daripada warga Kuching dan sekitar Kota Samarahan


Back To Whats Hot

KUCHING: Marathon poco-poco sempena program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Kota Samarahan akan pecah rekod dunia apabila disertai lebih tiga ribu peserta pada 3 Februari ini, kata Datuk Rubiah Wang.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu berkata, acara tersebut bakal diiktiraf oleh Guinness World Records dengan penyertaan terdiri daripada warga Kuching dan sekitar Kota Samarahan.

Menurutnya lagi, KUD Kota Samarahan akan diadakan selama 4 hari bermula 1 hingga 4 Februari, minggu depan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan turut menyasarkan 100 usahawan dari seluruh Sarawak yang terpilih dengan hasil jualan RM300 ribu diperoleh sepanjang 4 hari karnival tersebut berlangsung.

Jelasnya, selain memfokuskan jualan, KUD juga memberi sokongan kepada usahawan-usahawan dari sudut ilmu berkaitan pendigitalan khususnya usahawan mikro yang berpendapatan bawah RM 60,000 setahun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santai Media di salah sebuah restoran terkemuka di sini, pada Ahad.

Selain itu, Rubiah memberitahu lagi terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya konsert pentas daripada artis-artis terkenal tanah air dan tempatan, forum perdana serta autoshow.

#BilikBeritaCATS #CATSFM