• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

HETTY KOES ENDANG ‘TOLAK’ MAJLIS PUTERA MATEEN

Penyanyi Hetty Koes Endang terlepas peluang beraksi dalam konsert diraja sempena perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha


Back To Whats Hot

Majlis perkahwinan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah yang berlangsung selama 10 hari menjadi tumpuan seluruh dunia.

Antara personaliti yang tampak teruja mengikuti acara gilang gemilang itu adalah penghibur tersohor Hetty Koes Endang.

Penyanyi senior popular itu antara personaliti bertuah apabila mendapat jemputan menghiburkan tetamu kenamaan pada majlis tersebut.

Namun, Hetty yang mesra disapa Bunda itu terpaksa menolak pelawaan berkenaan disebabkan sudah lama membuat persediaan untuk konsert di Singapura.

Perkara tersebut didedahkan anaknya, Afifah Yusof menerusi perkongsian tangkap layar perbualan dengan penyanyi terbabit dalam media sosial.

Ramai peminat berkongsi rasa teruja, apatah lagi daripada perbualan anak-beranak itu Hetty diundang menghiburkan tetamu kenamaan DiRaja Brunei untuk tiga acara.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh HANISAH SELAMAT
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini