• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KANAK-KANAK PEREMPUAN 4 TAHUN CIPTA REKOD DUNIA TIBA DI KEM EVEREST

Zara ialah pendaki termuda tiba di kem induk Gunung Everest awal bulan ini - Sumber Foto IG sasha.jede


Back To Whats Hot

KATHMANDU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang pernah dibesarkan di Malaysia menjadi pendaki paling muda tiba di sebuah kem induk di Gunung Everest, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Bersama bapa dan abang lelakinya yang berusia tujuh tahun, Zara berjaya melakukan perjalanan yang menakutkan sehingga ke kem tersebut yang terletak pada ketinggian 5,363 meter manakala gunung tersebut setinggi 8,848 meter.

Gambar-gambar menunjukkan pendaki muda itu yang berasal dari Republik Czech, berjalan kaki bersama abangnya berlatarbelakangkan pemandangan yang menakjubkan.

Akaun Instagram di bawah nama abangnya mengesahkan kejayaan adiknya itu pada 7 Januari lalu.

Bapanya, David Sifra berkata: ‘Tiada masalah semasa perjalanan, penyesuaian diri dengan Iklim. Terima kasih kepada keadaan fizikalnya yang sangat baik, malah mampu bersaing dengan beratus-ratus pendaki lain.

‘Bagaimanakah mungkin seorang gadis berusia empat tahun secara fizikal dan mental menguruskan perkara seperti ini?”

Sifra menekankan bahawa didikan luar biasa Zara di Malaysia telah membantunya berlatih untuk berkembang maju dalam pendakian yang mencabar dan akhirnya membiarkannya memecahkan rekod dunia.

Zara mengatasi rekod dunia untuk pendaki termuda yang pernah tiba di gunung yersebut yang dipegang oleh Prisha Lokesh Nikajoo, berusia lima tahun ketika melakukan pendakian pada 2023.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini