• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KOLEKSI KERETA SULTAN BRUNEI RM23 BILION

Kereta Rolls-Royce bersalut emas ini dibuat untuk majlis perkahwinan puteri Sultan Hassanal - Getty Images


Back To Whats Hot

BANDAR SERI BEGAWAN - Koleksi kenderaan peribadi milik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dianggarkan bernilai AS$5 bilion (RM23.2 bilion) yang terdiri daripada lebih 7,000 buah kereta, lapor laman berita VNExpress kelmarin.

Koleksi kereta baginda dianggap koleksi kereta peribadi terbesar dunia dan turut menampilkan model keluaran khas Bentley, Ferrari, BMW dan McLaren F1 LM.

Antara kenderaan milik Sultan Hassanal ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Bentley Dominator unik bernilai kira-kira AS$80 juta (RM371 juta), Porsche 911 dengan pakej kuasa X88, Rolls-Royce Silver Spur II bersalut emas 24 karat dan beberapa model berprestij lain. 

Sultan Hassanal Bolkiah, 78, menaiki takhta pada 1967.

Menurut laman berita India Times, baginda ialah antara kerabat diraja paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan AS$30 bilion (RM139.2 bilion) pada 2022.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini