WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

PENGEBUMIAN ANJING PENGESAN, CLIFF PENUH TERHORMAT

Anjing baka English Springer Spaniel dari Britain yang dilahirkan pada 1 Jan 2016 itu mati akibat barah pada 25 Dis lepas


Back To Whats Hot

SERIAN, 4 Jan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan mula melaksanakan proses penggantian anjing miliknya tahun ini.

Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata usaha perolehan itu perlu dilaksanakan memandangkan semua lima anjing sedia ada sudah berusia dan mencapai tujuh tahun tempoh berkhidmat.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM12 juta telah diluluskan kerajaan Persekutuan bagi tujuan penggantian itu.

“Usaha untuk membuat penggantian anjing baharu ini perlu untuk memperkasakan keupayaan kita. Anjing yang sudah berumur kadar kecekapan mereka juga akan menurun,” katanya.

Khirudin berkata demikian selepas menghadiri proses pengebumian Cliff iaitu anjing pengesan milik JBPM Sarawak di Balai Bomba dan Penyelamat Serian di sini hari ini.

Anjing baka English Springer Spaniel dari Britain yang dilahirkan pada 1 Jan 2016 itu mati akibat barah pada 25 Dis lepas.

Khirudin berkata lima anjing milik JBPM Sarawak kini terdiri daripada dua anjing forensik, dua daripada disiplin wilderness yang digunakan untuk operasi hutan dan satu cadaver bagi mengesan mayat atau orang hilang.

“Kesemua anjing itu telah dibeli pada 2018 yang dibawa dari United Kingdom pada harga kira-kira RM124,000 seekor,” katanya.

Sumber: Bernama

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini