WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL: ISRAEL BERDEPAN PERANG DUNIA KETIGA

Katz menyifatkan Israel kini sedang berada di tengah-tengah konflik Perang Dunia Ketiga - The Jerusalem Post


Back To Whats Hot

TEL AVIV - Menteri Luar Israel Katz menyifatkan Israel berada di tengah-tengah Perang Dunia Ketiga dan melabelkan musuh Rejim Zionis sebagai ‘Islam radikal diketuai Iran’, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Menteri yang baru dilantik itu berkata, pengaruh Iran sudah merebak ke Eropah.

Pada hari pertama memasuki pejabat kelmarin, Katz menuduh Teheran secara aktif meneruskan pembangunan senjata nuklear, demikian menurut laporan  laman berita Israel, 24.

“Kita (Israel) menghadapi detik mencabar.

“Perkara pertama yang menjadi keutamaan saya adalah membawa pulang semua tebusan (Israel di Gaza),” katanya yang mengambil alih jawatan daripada Eli Cohen pada Ahad lalu.

Katz turut mendakwa bahawa perlumbaan Iran untuk membangunkan senjata nuklear semakin menerima momentum dan mencapai tempoh paling kuatnya ketika ini.

“Barisan yang ditubuhkan Iran di rantau ini (Asia Barat) bukan sahaja menentang Israel dan kepentingannya, malah ini adalah Perang Dunia Ketiga dengan peralatan moden hari ini,” katanya sambil menambah, Israel berada di barisan hadapan perang tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini