WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

AMEERA KHAN SEKALI LAGI MENDAPAT PERHATIAN NETIZEN

Ameera Dilihat Menampakkan Bikini Merah - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia memuatnaik foto dirinya sewaktu berada di Bordeaux, Perancis.

Menerusi kompilasi foto yang dikongsikannya melalui Instagram berkonsepkan rona merah, Ameera dilihat mengenakan sleeveless top berwarna hitam sehingga menampakkan bikini berwarna merah. 

Tanpa sebarang kapsyen, influencer berkenaan hanya meletakkan beberapa emoji dengan lambang buah strawberi dan ciuman.

Tindakan Ameera itu bagaimanapun, menerima kecaman netizen apabila rata-ratanya menyifatkan dia tidak mempunyai sifat malu kerana menayangkan pakaian dalam yang dipercayai miliknya. 

Netizen turut meninggalkan komen, “tak malu dekat abang ipar ke”. 

“Aku gara-gara tak nak jiran tengok baju dalam, seluar dalam tak akan jemur dekat luar. Yang dia ni buat tatapan jutaan pengikut lagi. Ish tak ada sifat malu”

Ramai juga berpendapat imej yang dibawa oleh Ameera itu tidak sesuai memandangkan dia baharu saja pulang mengerjakan ibadah umrah. 

Terdahulu, Ameera pernah menerima kecaman netizen selepas mengenakan pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini