WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

LELAKI WARGA EMAS USIA 103 TAHUN JUTAWAN DI JAWA TIMUR

MBAH Kerto mempunyai ladang seluas 30 hektar. - AGENSI


Back To Whats Hot

LUMAJANG: Kisah jutawan dari Lumajang, Jawa Timur yang dikenali sebagai Mbah Kerto terus rancak diperkatakan pelbagai pihak.

Jutawan berusia itu sudah berusia 103 tahun, namun masih gigih bertani, malah lelaki warga emas itu dikatakan mempunyai ladang seluas 30 hektar.

Di ladang itu, Mbah Kerto menanam pelbagai jenis sayuran termasuk kentang, bawang merah dan kubis.

Lelaki warga emas itu didakwa memperoleh keuntungan lumayan setiap kali hasil taniannya dituai.

Hasil tuaian bagi ladang seluas enam hektar, Mbah Kerto dilaporkan memperoleh tuaian sebanyak 150 tan yang berjumlah 1.3 bilion rupiah (RM382,573).

Duit keuntungan itu digunakan oleh Mbah Kerto untuk keperluan hariannya termasuk membeli kereta mewah yang digemarinya.

Sebelum ini, pernah tular kisah lelaki warga emas itu membeli kenderaan secara tunai menggunakan wang yang dibawanya di dalam guni.

Menerusi rakaman video, Mbah Kerto memberitahu, duit yang dibawanya ‘terlalu banyak’ sehingga tidak muat untuk diletakkan dalam beg duit, maka diletakkannya di dalam guni.

“Duit itu beratnya melebihi 10 kilogram, tidak muat dimasukkan ke dalam beg duit,” selorohnya.

Dalam pada itu, Mbah Kerto menceritakan, kejayaan yang dikecapinya hari ini bukanlah mudah dan sudah pun melalui banyak cabaran serta pengorbanan.

Katanya, dia belajar bertani dari bapanya dan memaklumkan mengambil masa selama tujuh tahun untuk berjaya.

“Bukan mudah untuk berjaya dan bukan susah juga untuk gagal.

“Apa yang penting adalah kesungguhan dan keyakinan yang kita boleh berjaya,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini