• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

PETISYEN GUGURKAN AMBER HEARD DARIPADA AQUAMAN 2 CECAH 4 JUTA TANDATANGAN

Peminat Depp menggesa Warner Bros menggugurkan Heard dari filem sekuel Aquaman 2 - The Lost Kingdom seperti yang dilakukan Disney terhadap Depp


Back To Whats Hot

WASHINGTON – Petisyen yang menggesa DC Warner Bros menggugurkan Amber Heard daripada watak Ratu Mera dalam Aquaman 2 kini telah melepasi 4 juta tandatangan, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Petisyen Change.org yang dimulakan oleh Jeanne Larson pada akhir 2020 selepas Depp digugurkan sebagai Gellert Grinderwald dalam francais filem Fantastic Beasts akibat kontroversinya dengan Heard.

Sehingga pagi Jumaat, petisyen itu telah mencapai 4,004,160 tandatangan dengan sasaran 4,500,000 tandatangan untuk menjadi petisyen online dengan tandatangan paling banyak.

Petisyen itu mendakwa bahawa Heard, 36, telah didedahkan sebagai pendera sebenar rumah tangga oleh Depp semasa sesi perbicaraan berprofil tinggi mereka yang bermula lewat April lalu.

Perbicaraan akan disambung minggu depan apabila pelakon Ellen Barkin akan dipanggil untuk menjadi saksi untuk Heard melalui panggilan video.

Kakak Heard, Whitney Henriquez juga dilaporkan akan memberi keterangan bagi pihak pelakon Aquaman itu.

Depp menyaman Heard sebanyak AS$50 juta (RM219 juta) atas dakwaan penderaan rumah tangga yang digambarkan telah memusnahkan hidup dan kariernya di Hollywood.

Heard telah menyaman balas AS$100 juta (RM439 juta) dengan mengatakan Depp juga memburuk-burukkan imejnya dengan menggelar bintang The Rum Diary itu sebagai penipu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini