WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

GAJI BOMBA DIPOTONG GARA-GARA JADI YOUTUBER

Gara-gara memiliki kerjaya sampingan sebagai YouTuber permainan dalam talian, gaji anggota bomba di Jepun, diarahkan untuk dipotong


Back To Whats Hot

Tokyo: Gara-gara memiliki kerjaya sampingan sebagai YouTuber permainan dalam talian, gaji anggota bomba di Jepun, diarahkan untuk dipotong.

Gulf News melaporkan tindakan itu diambil terhadap lelaki itu kerana melanggar undang-undang yang mengehadkan penjawat awam terbabit dalam aktiviti komersial.

Atas maklumat indvidu yang tidak dinamakan, pegawai di bandar Wakayama di barat Jepun melancarkan siasatan ke atas saluran lelaki berusia 33 tahun yang mempunyai 15,000 pelanggan.

Penyiasatan sukar dilakukan dengan pegawai terpaksa meneliti satu persatu klip video bagi mencari petunjuk identiti suara berkenaan.

Ia kerana lelaki itu tidak pernah menampilkan diri di skrin.

Sepanjang 10 bulan, dia sudah memuat naik lebih 300 video yang kebanyakannya menunjukkan dia bermain strategi berbilang pemain serta meraih 1.15 juta yen (RM42,000) dalam pengiklanan.

"Kami tidak fikir ia adalah perkara yang buruk apabila dia menjadi seorang YouTuber.

"Namun, dia mendapat keuntungan lain daripada iklan dengan sesetengah daripadanya mungkin tidak sesuai," katanya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini