WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

TIGA MINGGU 'BERLAKON' KAYA

Zou berjaya tinggal tiga hari di ruang istirahat VIP di lapangan terbang. - Foto Zou Yaqi /Weibo


Back To Whats Hot

Beijing: Seorang gadis yang juga penuntut aliran seni tidak membelanjakan wang selama tiga minggu, dengan melakukan eksperimen sosial iaitu menyamar sebagai sosialit.

The Sun melaporkan, Zou Yaqi yang terlalu berjimat dan tidak menggunakan elaun tahunan sanggup melakukan penyamaran bagi melihat sama ada dia akan mendapatkan barangan percuma.

Penuntut berusia 23 itu mendakwa dia melakukan projek itu, pada Mei awal tahun ini, 'atas nama seni'.

Dia berhasrat melanggar peraturan struktur kelas dan memasuki dunia orang kaya untuk melihat kesan negatif kapitalisme.

Bagi menyempurnakan misinya, Zou menyelidik pakaian cenderung dipakai oleh sosialit dan mula meniru gaya golongan itu.

Dia turut membeli beg tangan dan pakaian sukan jenama tiruan, selain memakai cincin berlian palsu.

Zou juga memakai gincu merah terang yang membantunya kelihatan lebih yakin, jadi tiada siapa yang akan curiga.

Dia kemudian menjalankan eksperimen itu untuk melihat sama ada dia boleh menjalani kehidupan sebagai seorang sosialit tanpa ditangkap.

"Saya lebih berhati-hati dan bersahaja dalam kehidupan seharian, tetapi saya perlu menampilkan imej yang elegan, bongkak dan yakin," katanya.

Dia bermula dengan pergi ke ruang istirahat kenamaan (VIP) di lapangan terbang dengan pas masuk palsu,

Gadis itu bernasib baik kakitangan membiarkannya memasuki ruangan itu.

"Saya sangat gementar dan menyangka saya akan dihalau keluar tidak lama selepas itu, tetapi tiada apa yang berlaku," katanya.

Pas itu hanya sah tiga jam, tetapi Zou berjaya tinggal di sana tiga hari.

Dia memanfaatkan sepenuhnya bufet percuma dan menyeludup makanan di dalam beg kertas Gucci.

Semasa projek seni antikapitalisnya, dia juga berjaya mendapatkan akses ke sauna, bilik wap dan bilik mandi hotel mewah dengan memberitahu kakitangan dia baru sahaja mendaftar keluar.

Zou juga menghadiri acara lelongan di mana dia dijemput mencuba cincin zamrud.

Sejurus selesai, Zou membentangkan projeknya itu di pameran akhir semester pengajiannya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini