WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

WANITA TURKI KAHWINI PENYIMBAH ASID

Berfin kahwini Celtik tanpa persetujuan keluarga


Back To Whats Hot

Ankara: Seorang wanita di Turki mengejutkan keluarganya apabila berkahwin dengan bekas teman lelaki yang menyebabkan wajahnya cacat seumur hidup.

Berfin Ozek, 20, hilang wajah aslinya dan hanya dapat melihat 30 peratus selepas diserang Casim Ozan Celtik, 23, dengan asid pada 2019 disebabkan berang hubungan mereka berakhir.

Insiden itu dilapor kepada polis dan keluarga Berfin menuntut pembelaan hingga mahkamah daerah Iskenderun memutuskan hukuman penjara 13 tahun dan enam bulan ke atas Celtik.

Namun, rayuan kemaafan berterusan Celtik selain, janji untuk terus menyintai Berfin akhirnya membuka hati wanita itu untuk menerimanya kembali.

Berfin bahkan memaklumkan kepada polis untuk menarik kembali aduannya dengan alasan, "saya sangat mencintainya dan dia juga mencintai saya."

Celtik dibebaskan lebih awal berikutan perubahan undang-undang, yang ditambah pertukaran dibawa pandemik Covid-19.

Sejurus pembebasan, dia terus melamar kekasihnya dan pasangan berkenaan berkahwin pada awal bulan ini tetapi pernikahan itu mengecewakan keluarga Berfin.

Bapa Berfin, Yasar Ozek berkata, anaknya berkahwin tanpa pengetahuan mereka.

"Saya berjuang untuknya selama bertahun-tahun dan kini semuanya sia-sia," katanya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini