Rio De Janeiro: Seorang petani di Esprito Santo di Brazil terkejut apabila seekor lembu berkepala dua dilahirkan di ladangnya.
Anak lembu itu dilahirkan di sebuah ladang Nova Venecia pada 13 Disember lalu namun sehingga kini masih tidak mampu berdiri dan makan secara semulajadi.
Delci Busatto berkata, anak lembu itu kini mengalami masalah untuk menyusu dan hanya minum susu menggunakan botol.
"Anak lembu itu tidak berupaya untuk berdiri dan hanya baring sepanjang masa.
"Disebabkan tidak mampu berdiri, kami hanya memberikan susu menggunakan botol saja," katanya.
Katanya, nasihat daripada pakar veterinar juga sudah diperoleh namun mereka juga tidak mempunyai jawapan bagaimana lembu itu berkepala dua.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
I would love to receive more updates from CatsFM !