WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

AMUK ANAK DIBUNUH

Rakaman video menunjukkan anjing bergaduh dengan monyet sehingga wujud dendam antara haiwan itu - Foto Agensi


Back To Whats Hot

New Delhi: Dendam antara anjing dan monyet menyebabkan berlaku 'perang' di antara kedua-dua haiwan itu di daerah Maharashtra di India.

Sekumpulan monyet dikesan sudah membunuh 250 anjing dengan membawa haiwan itu di bahagian atas bangunan sebelum melemparnya ke bawah.

Penduduk tempatan berkata, 'perang' itu dikesan berlaku selepas ada sekumpulan anjing yang dikatakan membunuh anak monyet di kawasan berkenaan.

Kampung di Lavool, kini sudah tidak mempunyai walaupun seekor anjing gara-gara 'dendam' itu, menurut agensi berita tempatan News18.

Video tular di laman sosial mengesahkan kejadian yang berlaku di kawasan berkenaan.

Menerusi klip video itu, kelihatan monyet membawa anak anjing ke satu sudut sebuah bangunan.

Ada video lain menunjukkan anjing sedang mengejar monyet.

Kejadian itu juga dilihat semakin parah apabila monyet turut menyerang pemilik anjing yang mahu melindungi haiwan peliharaan mereka.

Monyet juga dikatakan akan menyerang kanak-kanak sehingga ada yang cuba diheret haiwan itu.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik apabila kejadian disedari orang ramai yang kemudian melemparkan batu ke arah monyet dalam usaha untuk melepaskan mangsa.

Portal sama juga melaporkan, ada antara pemilik haiwan peliharaan yang terjatuh ketika cuba menyelamatkan anjing masing-masing daripada dicampak monyet dari tempat tinggi.

Populasi monyet di India dikatakan meningkat berkali ganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam suasana Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Satu skuad khas polis bersenjata bagi membanteras monyet juga dikerah menjaga lokasi kunjungan bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika melawat Taj Mahal pada tahun lalu.

Monyet di kawasan itu juga tidak takut dengan manusia dan berani merampas makanan selain akan menyerang pelancong.

Terdapat juga kejadian haiwan itu bertindak ganas sehingga membunuh seorang bayi.

"Wanita dan kanak-kanak juga takut untuk keluar rumah kerana monyet akan berkumpul di kawasan bumbung," kata seorang penduduk.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini