WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SQUID GAME, SIRI PALING POPULAR NETFLIX

Peserta menyertai salah satu permainan dalam Squid Game di Pusat Budaya Korea di Abu Dhabi


Back To Whats Hot

Los Angeles: Squid Game menjadi siri Netflix yang paling popular hingga menarik 111 juta peminat sejak ditayangkan kurang empat minggu yang lalu.

Ia disahkan platform penstriman digital itu pada Selasa.

Populariti siri itu memuncak melalui hebahan mulut ke mulut terutama melalui media sosial dan kini, Squid Game menduduki tangga teratas Netflix di lebih 80 negara.

"Squid Game secara rasmi meraih 111 juta peminat dan menjadikannya sebagai siri terbesar kami yang pernah ada!" tulis Netflix menerusi Twitter.

Kejayaan siri Squid Game menguatkan pengaruh Korea Selatan yang semakin besar terhadap budaya popular global antaranya menerusi kumpulan K-pop, BTS dan filem terbaik Oscar, Parasite.

Ia juga kejayaan terbaru Netflix untuk menghasilkan lebih banyak kandungan bahasa antarabangsa dan bukan dalam Bahasa Inggeris.

Netflix menawarkan Squid Game dalam versi dan sari kata dalam pelbagai bahasa bagi memperluas sasaran penontonnya.

Februari lalu, Netflix sebagai platform penstriman paling popular di dunia, peruntukan AS$500 juta (kira-kira RM2.08 billion) untuk siri dan filem yang dihasilkan di Korea Selatan.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP