WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SPACEX DAPAT KONTRAK RM752 JUTA NASA KE PLANET MUSYTARI

Gambar diedarkan NASA menunjukkan roket SpaceX Falcon Heavy yang sedia untuk pelancaran di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida, Amerika Syarikat


Back To Whats Hot

LOS ANGELES: Syarikat roket peribadi, SpaceX, dianugerah kontrak perkhidmatan pelancaran AS$178 juta (RM752 juta) bagi misi pertama ke planet Musytari.

Syarikat milik Elon Musk itu dianugerahkan kontrak bagi misi pertama Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA).

Misi itu bertujuan mengkaji sama ada bulan Europa yang bercuaca sejuk dan juga salah satu bulan Galilea paling kecil milik Musytari, boleh menjadi tempat sesuai untuk dijadikan penempatan manusia.

Misi Europa Clipper dijangka berlepas pada Oktober 2024 menggunakan roket Falcon Heavy yang dimiliki syarikat Musk, Teknologi Penerokaan Angkasa Lepas di Pusat Angkasa Lepas Kennedy NASA di Florida.

Antara objektif misi itu adalah menghasilkan gambar beresolusi tinggi dari permukaan Europa, menentukan komposisinya, mencari tanda aktiviti geologi serta menentukan kedalaman dan tahap kemasinan lautannya.

April lalu, SpaceX dianugerahkan kontrak bernilai AS$2.9 bilion (RM11.6 bilion) untuk membina kapal angkasa pendaratan lunar yang dirancang untuk membawa angkasawan NASA kembali ke bulan untuk pertama kalinya sejak 1972.

Namun, kontrak itu ditangguhkan selepas dua syarikat angkasa lepas pesaing, Blue Origin milik Jeff Bezos dan kontraktor pertahanan, Dynetics, membantah pemilihan SpaceX.

Bagaimanapun, bagi kontrak pelancaran Europa Clipper, NASA tidak memaklumkan sama ada syarikat lain turut mengemukakan bidaan.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP