WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

GUNA ROBOT ATASI KESESAKAN

Penggunaan robot di stesen pengangkutan awam akan meningkatkan keberkesanan dan keselesaan penumpang


Back To Whats Hot

London: Robot akan digunakan di seluruh stesen kereta api di United Kingdom (UK) bagi mengatasi kesesakan penumpang yang akan bermula sebaik pandemik Covid-19 terkawal.

Robot 5-G kini digunakan di Stesen Birmingham New Street berupaya untuk bergerak di antara platform selain mampu berkomunikasi dengan penumpang.

Robot ini juga mampu memberikan pelbagai informasi berkaitan perjalanan kereta api kepada penumpang.

Walaupun khidmat robot masih baru namun ia sudah digunakan secara meluas di China yang membantu orang ramai di bank dan firma guaman termasuk hab pengangkutan awam.

"Idea menggunakan robot di stesen kereta api mungkin dianggap sains fiksyen namun ia akan menjadi realiti tidak lama lagi," kata Menteri Infrasturktur Digital UK Matt Warman seperti dilaporkan Dailystar.com.

Sepanjang pandemik ini, jumlah penumpang kereta api menjunam ke tahap terendah sejak 1872 namun kini sudah kembali pulih.

Sebelum penularan Covid-19, jumlah penumpang meningkat setiap tahun yang menyebabkan penyedia perkhidmatan berusaha membangunkan teknologi terkini bagi mengatasi peningkatan itu.

Pengarah Perancangan dan Prestasi Pejabat Kereta Api dan Jalan, Graham Richards berkata, pengurangan mendadak penumpang sejak perkhidmatan ini bermula memberi impak kepada penggunaan kereta api dan kutipan jualan tiket.

"Jabatan Pengangkutan menganggarkan peningkatan 45 peratus dalam pemulihan sektor ini sebaik Covid-19 mula pulih penghujung Mei lalu," katanya.

Namun, impak jangka panjang terhadap perkhidmatan kereta api masih belum dapat dilihat kerana kini ramai yang mula bekerja dari rumah dan mengadakan mesyuarat secara maya sepanjang sekatan pergerakan.

Robot yang digunakan kini antara beberapa rekaan yang akan dilancarkan di seluruh negeri tidak lama lagi.

Projek lain akan menggunakan teknologi 5G dan video untuk melihat keberkesanan penggunaan di stesen bas.

Kata Warmann, penggunaan robot juga akan meningkatkan keupayaan sektor pengangkutan awam selain memudahkan kakitangan dan orang ramai di lokasi pengangkutan awam.

Sumber: Harian Metro