WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

NELAYAN DAKWA NYARIS DITELAN IKAN PAUS

Gambar fail ikan paus spesies humpback di Lautan Pasifik berhampiran di Uramba Bahia Malaga National Natural Park, Colombia


Back To Whats Hot

NEW YORK: Seorang nelayan udang kara di sini, mendakwa nyaris ditelan seekor ikan paus spesies 'humpback' semalam.

"Saya begitu hampir dengan mulut ikan paus itu untuk tempoh 30 hingga 40 saat sebelum berjaya naik semula di permukaan.

Kisah itu dikongsi nelayan terbabit, Michael Packard menerusi Facebook beberapa jam selepas kejadian malang yang menimpanya.

"Ikan paus humpback cuba untuk menelan namun sempat mengelak dan tiada tulang yang patah," katanya.

Ketika menceritakan kejadian itu kepada media tempatan, Cape Cod Times, Packard berkata, dia sebelum itu menyelam untuk mencari udang kara di pesisir timur laut Massachusetts.

"Tiba-tiba, saya melihat seperti ada lubang besar berwarna hitam," katanya yang sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital.

"Ketika itu, saya berada pada kedalaman 10 meter di bawah permukaan laut dan pada mulanya menganggap diserang jerung.

"Namun, melihat kepada mulut haiwan itu, dia sedar ia bukan jerung kerana bilangan gigi yang tidak sama," katanya.

Packard kemudian berhempas pulas untuk menyelamatkan diri daripada dimakan paus berkenaan.

"Saya terlihat cahaya dan mula mendongak untuk menuju ke atas sebelum mendapati ia sebenarnya mulut ikan paus," katanya.

Sementara itu, rakannya, Josiah Mayo melihat 'letupan air selepas paus berkenaan berada di permukaan dan Packard ditolak keluar.

Pengarah kajian ikan paus humpback di Pusat Kajian Pesisir di Provincetown, Massachusetts, Jooke Robbins berkata, apa yang diceritakan nelayan itu adalah benar.

Katanya, dia tidak pernah mendengar insiden sedemikian namun beranggapan Packard berada di tempat dan waktu yang tidak tepat.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP