WHAT'S NEXT

CATS XPOSED - ETHNIC

02.00pm - 04.00pm

TUA TAPI SIHAT, BERGAYA! ADA 3 CARA ELAK PERUT BUNCIT SELEPAS UMUR 40 TAHUN

Menghilangkan lemak pada bahagian perut akan menjadi lebih sukar apabila seseorang itu sudah melepasi usia 40 tahun


Back To Whats Hot

MENGHILANGKAN lemak pada bahagian perut akan menjadi lebih sukar apabila seseorang itu sudah melepasi usia 40 tahun.

Ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang menyebabkan lemak mudah menempel pada bahagian perut selain faktor itu memainkan peranan penting dalam perubahan berat badan seseorang.'

Perubahan ini juga membuatkan usaha menguruskan badan semakin sukar namun realitinya tidak mustahil.

Ada tiga cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan perut buncit yang bukan sahaja menampakkan penampilan anda tetap bergaya di usia 40 tahun tetapi kesihatan terjamin.

1. Kurangkan tekanan

Semakin usia meningkat seseorang lebih mudah tertekan disebabkan masalah peribadi atau pekerjaan. Dalam fasa ini, tekanan menjadi penyebab utama kenaikan mendadak berat badan.

Oleh itu, sangat penting untuk menjaga kesihatan mental dan perlu melakukan pelbagai aktiviti yang mampu mengawal tekanan.

Aktiviti bersama keluarga atau mencari hobi boleh membantu fikiran menjadi lebih tenang.

2. Rutin senaman

Semakin ramai yang malas bersenam apabila usia semakin meningkat. Rasa malas itu menyebabkan seseorang tidak lagi kreatif dalam mempelbagaikan bentuk senaman mereka.

Ini boleh menyebabkan lemak bertompok termasuk di bahagian perut. Perut buncit boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti masalah pernafasan, jantung, diabetes, darah tinggi dan kolesterol.

Oleh itu, semakin usia meningkat, senaman perlu dilakukan lebih kerap bagi membakar lemak pada perut.

3. Pemakanan sihat

Perut buncit memang memerlukan usaha lebih untuk menghilangkannya dan ini termasuklah mengurangkan pengambilan makanan segera dan tidak sihat.

Banyakkan pengambilan protein dalam menu seharian yang mampu membantu menyeimbangkan gula dalam darah serta menurunkan kadar insulin.

Protein juga dapat membuatkan seseorang lebih bertenaga meskipun sedang diet.

Sumber: mStar