• LISTEN NOW ON AIR

    #CNO912

    09.00pm - 12.00am

WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 06.00am

9 BULAN TERPISAH, ALIFF AZIZ AKHIRNYA BERTEMU ISTERI & ANAK-ANAK

Aliff yang sebelum ini tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik COVID-19, kembali ke pangkuan isteri dan anak-anaknya semalam


Back To Whats Hot

Hampir setahun berada di Singapura dan terpisah dengan isterinya, Bella Astillah serta anak-anak, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz akhirnya kembali ke Malaysia untuk bersama semula dengan keluarganya.

Aliff yang sebelum ini tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik COVID-19, kembali ke pangkuan isteri dan anak-anaknya semalam.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Bella berkongsikan momen pertemuan mereka selepas sembilan bulan terpisah. Malah, itu juga pertama kali Aliff memangku anak keduanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur dan gembira apabila akhirnya keluarga itu bersatu semula serta mendoakan semoga kekal bahagia selamanya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal