WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

ALENA MURANG DICALON UNTUK ANUGERAH FESTIVAL VIDEO MUZIK BUENOS AIRES

Alena bakal bersaing dengan penyanyi pop sensasi, Madonna dan beberapa artis lain dari seluruh dunia menerusi kategori Video Antarabangsa Terbaik


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan bintang Sape kelahiran Sarawak, Alena Murang dicalonkan untuk dua kategori sempena Festival Video Muzik Buenos Aires 2020 yang akan berlangsung secara maya pada 27 hingga 29 November ini.

Bintang berdarah campuran Kelabit dan Itali itu dicalonkan bagi anugerah Video Antarabangsa Terbaik dan Penggayaan Terbaik menerusi lagunya Midang-Midang.

Alena ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara tersebut dan akan membuat kenyataan lanjut berhubung pencalonan itu.

Lebih menarik, Alena bakal bersaing dengan penyanyi pop sensasi, Madonna dan beberapa artis lain dari seluruh dunia menerusi kategori Video Antarabangsa Terbaik.

Setakat ini, video muzik Midang-Midang yang merupakan lagu tradisional masyarakat Kelabit ini sudah menerima lebih 29,000 tontonan di platform YouTube dan penggambarannya dilakukan di Bario dan Miri.

Video muzik Midang Midang, yang dihasilkan oleh Project Room dan Kanid telah dilancarkan pada 27 November tahun lalu dengan sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) serta Majlis Bandaraya Miri.

Sumber: AWANI