WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

04.00pm - 05.00pm

DIDAKWA MEMFITNAH, AWAL ASHAARI DISAMAN RM3 JUTA

Syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry menyaman pelakon dan pengacara itu serta dan defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu


Back To Whats Hot

Setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada Awal Ashaari, syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry menyaman pelakon dan pengacara itu serta dan defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.

Menurut pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan, syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta dan telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas.

“Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020.

“Beliau didakwa telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu,” kata kenyataan itu.

Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa hantaran, catatan dan komen fitnah oleh Awal telah memberi gambaran negatif terhadap organisasi tersebut serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

“Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

“Justeru, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini.

“Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk beliau melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Nurul Hafidzah Hassan Syarikat berkata, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat oleh Awal yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.

Untuk pengetahuan anda, peguam yang dilantik oleh Naz Carpentry pernah mewakili anak guam berprofil tinggi termasuk seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah, Linda Rafar, Zarina Anjoulie Lavocah, dan Ammar Alfian.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal