WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

NOAH DERMA RM198,000

Kumpulan Noah menyumbangkan derma sebanyak RM198,000 (700 juta Rupiah) untuk membantu kru serta pemuzik yang terkesan akibat hilang pekerjaan


Back To Whats Hot

Kumpulan Noah menyumbangkan derma sebanyak RM198,000 (700 juta Rupiah) untuk membantu kru serta pemuzik yang terkesan akibat hilang pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19.

Penyanyinya, Ariel berkata, mereka prihatin terhadap nasib yang menimpa industri hiburan negara itu terutama golongan terbabit apabila terkesan teruk.

"Disebabkan semua terkesan impak pandemik, memang tidak semua dapat dilihat, satu daripadanya adalah industri hiburan kita. Senang rasanya apabila ada yang ikut menyumbang derma walaupun tidak mendapat piring hitam kami. Ertinya memang mereka sudah berniat untuk menderma," katanya.

Terdahulu, Noah yang turut dianggotai David dan Lokman itu menganjurkan acara melelong piring hitam Gold Edition album Keterkaitan Keterikatan pada ulang tahun kelapan penubuhannya.

Hasil lelongan itu, Noah berjaya mengutip jumlah wang sebanyak itu. Ia mula dijual pada harga RM73,500 dan akhirnya dimenangi pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina.

Sumber: Harian Metro