WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

NABILA HUDA KEGUGURAN LAGI

Pelakon, Nabila Huda mengesahkan dia mengalami keguguran buat kali kedua, semalam


Back To Whats Hot

Kuala Lumpur: Pelakon, Nabila Huda mengesahkan dia mengalami keguguran buat kali kedua, semalam.

Nabila berkata, dia berasa sangat kecewa apabila mendapat tahu berlaku pendarahan.

"Rasanya anda perlu tahu apa yang berlaku kepada saya. Saya keguguran sekali lagi untuk kali kedua. Apabila pertama kali saya tahu berlaku 'bleeding' (pendarahan), saya sangat 'down'.

"Semalam (kelmarin) saya cuba 'recover' balik seharian, nak 'recover' balik perasaan itu. Saya nak sangat anak dan terlalu nak sangat. Saya teruja apabila doktor mengesahkan saya hamil," katanya.

Nabila yang berkongsi perkara itu menerusi rakaman video di Instagram Story berkata, dalam masa sama dia bimbang jika kandungannya tidak menjadi.

"Saya juga paranoid dan risau kalau bila-bila dia (anak) tidak ada, jatuh dan dia tidak ada dalam perut. Tapi saya percaya tidak ada rezeki lagi.

"Saya cuma kasihan pada suami. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat kan? Bila teringin sangat. Tapi kita kena 'move on', saya okay. Jangan risau, saya cuma duduk di rumah dan berfikir. Seharian saya rasa sakit," katanya.

Terdahulu, pada April tahun lalu Nabila berkongsi dia mengalami keguguran selepas menanti selama empat tahun.

Nabila dan Mohd Izwan melangsungkan pernikahan pada 25 Disember 2015 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.

Sumber: Harian Metro
oleh Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my