WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

02.00pm - 04.00pm

JENAZAH ALLAHYARHAM SANDRA DIANNE DIBAWA PULANG KE SABAH

Jenazah Allahyarham Sandra akan dikebumikan di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah, petang ini


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Sandra Dianne akan dikebumikan di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah, petang ini.

Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, Vea memberitahu, urusan membawa pulang jenazah ke Sabah, sedang diuruskan keluarga arwah.

"Jika diikutkan, keluarga arwah mahu mempercepatkan urusan pengebumian di Sabah.

"Berkemungkinan arwah akan disemadikan di kampung halamannya, petang ini. Lagi cepat, lebih baik seperti yang diharapkan," katanya kepada BH Online.

Tambah Vea, keluarga arwah juga berdoa agar urusan pengebumian dipermudahkan.

"Pihak keluarga arwah juga memohon maaf jika arwah mempunyai salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

"Ketika ini, emosi keluarga arwah terganggu dengan apa yang terjadi," katanya.

Sementara itu, Vea mengesahkan Sandra yang juga peserta program realiti, Big Stage 2020, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi tadi.

Sabtu lalu, Allahyarham Sandra terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Arwah sebelum ini pernah popular dengan lagu Hey Kau! yang meraih tujuh juta tontonan di YouTube.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Sabah ini seolah-olah lenyap dari persada muzik tanah air selepas itu.

Menerusi temubual terdahulu, arwah yang bakatnya dicungkil melalui program realiti Mentor Legend 2014, menafikan dirinya tidak lagi aktif.

Sebaliknya, selepas kejayaan single pertamanya, Sandra masih ligat merakamkan lagu dan memiliki empat single.

Sandra juga aktif menulis lagu dan bekerja di belakang tabir. Selain itu, arwah menguruskan perniagaan ikan masin.

Sandra dilahirkan dengan nama penuh Alessandra Dianne Ampuria pada 16 September 1994.

Arwah mempunyai seorang abang dan adik tiri perempuan.

Sumber: Berita Harian
oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad
bhhip@bh.com.my