WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

DUA HARI SELEPAS VIDEO DIPADAM, SUGU PAVITHRA BAKAL BUAT KEMUNCULAN SEMULA UBATI RINDU PEMINAT

M.Sugu, 29, berkata beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik di YouTube 'Sugu Pavithra' pada petang ini


Back To Whats Hot

Ini berita yang mungkin dinanti-nantikan oleh peminat YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra'!

Bagi mengubat kerinduan, pasangan ini dijangka membuat kemunculan semula di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.

M.Sugu, 29, berkata beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik di YouTube 'Sugu Pavithra' pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Suami kepada S. Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui telah memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lepas atas beberapa faktor peribadi.

"Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah)," katanya ketika dihubungi di Bernama.

Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan tindakan memadam semua video.

"Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.

mStar pada Sabtu melaporkan kesemua 98 video di saluran YouTube 'Sugu Pavithra' telah dipadam.

Sebelum ini pasangan itu memuat naik video pelbagai resepi masakan termasuk aktiviti keluarga mereka seperti percutian dan perpindahan ke kediaman baharu.

Perkembangan itu sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai malah ada yang membuat andaian masing-masing, tambahan pula selepas kontroversi yang berlaku baru-baru ini.

Untuk rekod, mereka yang mula dikenali dan mencuri tumpuan ramai sewaktu kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempunyai seramai 787,000 pengikut di saluran tersebut.

Sumber: BERNAMA