WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BIEBER DAN HAILEY MALU DENGAN ISU PERKAUMAN DI AS

Penghibur Hollywood yang popular dengan lagu Yummy, Justin Bieber mengaku dia malu dengan kejadian malang menimpa lelaki kulit hitam


Back To Whats Hot

Penghibur Hollywood yang popular dengan lagu Yummy, Justin Bieber mengaku dia malu dengan kejadian malang menimpa lelaki kulit hitam, George Floyd hingga menyebabkan kematiannya pada 27 Mei lalu.

Bieber, 26, bersama isterinya,  Hailey Baldwin, 24, dalam intraksi mereka di media sosial, menyelar tindakan keganasan dilakukan pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS) hanya kerana isu perkauman ketika ini.

Selain Bieber, sudah ramai selebriti ternama Hollywood melontarkan ketidakpuasan hati mereka atas kematian Floyd, 46, ketika menjadi tahanan polis di Minneapolis, AS.

"Saya sangat malu dengan kejadian yang berlaku itu. Apa lagi, bila mengenang semula pembunuhan ke atas seorang lagi intividu tidak bersalah, Ahmaud Arbery yang ditembak mati pada Februari lalu. Ia sangat sedih dan memilukan," katanya.  

Bagi Hailey pula, dia begitu tertanya-tanya mengenai hak istimewa berkaitan perkauman termasuk kesannya terhadap masyarakat pada masa kini dalam kehidupan di era moden.

"Sebenarnya 'menjadi wanita kulit putih sendiri', saya tidak pernah memahami bagaimana rasanya dikait dengan perkauman dan bangun setiap hari dengan ketidakpastian kehilangan nyawa," katanya.  

Berbicara mengenai keganasan ketuanan kulit putih, Hailey berkata dia benar-benar ingin tahu lebih jelas keistimewaan di sebaliknya. Ujarnya, dia tidak akan berhenti dan terus bertanya soalan itu sehingga mendapat jawapan diinginkan. 

Pada kejadian membabitkan Floyd, dia meninggal dunia selepas bahagian lehernya ditekan menggunakan lutut selama sembilan minit, oleh seorang anggota polis. Visual kejadian itu dirakam seorang pejalan kaki yang tersebar dan menimbulkan kemarahan rakyat seluruh negara.. 

Sementara itu, laporan daripada pemeriksa perubatan Hennepin County selepas bedah siasat dijalankan mendapati, kematian Floyd sebagai satu pembunuhan kerana dia lemas selepas mengalami tekanan di leher. Ia sama sekali, tidak ada kaitan dengan masalah jantung, seperti dakwaan awal pihak berkuasa.

Justeru, majlis peringatan Floyd dijangka akan berlangsung di Minneapolis dan upacara pengebumiannya pada 9 Jun ini di Houston, Texas iaitu tempat dia dibesarkan, menurut peguam keluarganya, Ben Crump.

Sumber: Harian Metro
Foto: IG Justin Bieber